Sunday, November 14, 2010

erti hidup

ada kala kita rasa seperti segala masalah terbang entah kemana..tp ada hari2 yg kita rasa tidak bersemangat dan seperti semua yg berada di sekeliling kita hanya mengecewakan..
Ya Allah.. aku ingin menjadi hambamu yg tahu bersyukur..bimbinglah aku meniti jalanmu..kasihani lah aku ya Allah..hanya Engkau yang Maha mengetahui apa yang terbaik buatku..
Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku..sesungguhNya hambamu mengharapkan petunjukMu Ya Allah..Tuhan yang Agung lagi maha berkuasa..

Thursday, June 17, 2010

bila pungguk merajuk..

Bagaimana bisa merayu dan memuja..
andai bulan se enaknya berkata
mengeji pungguk bermuka buruk..
bagaikan pungguk tak ada nilainya

Bulan bagaikan tak peduli
timbul tenggelam sesuka hati
menyabit luruh hati si pungguk
terperuk melarat sepi sendiri..

walau bulan bercahaya terang
belum tentu sepanjang malam
andai awan yang mengaburi mata..
haruskah pungguk yang menjadi mangsa..

Wednesday, January 6, 2010

hadiah buat diri sendiri

Demi untuk memotivasikan diri setelah kecewa dgn amount yg tertera dipenyata bonus yg aku dpt awal tahun ni,semalam aku telah menghadiahkan diriku dengan suatu yg hampir setahun aku teruja utk membelinya...yes..semalam aku mengunjungi Elken near Tesco Extra utk mendapatkan 1 set pakaian body shape yang dari hasil kajian aku dan pendapat teman2 yg dah menggunanya bagus berbanding jenama2 lain..
Terimakasih kat Cikgu Yati yg melayan aku dgn sabar...
Pada sesiapa yang mahu cuba(don't worry, tak beli pun tak pe,tak kena bayaran pun...) beritau la nanti aku blh suruh Cikgu Yati ni gi fitting u all.. dia ni sanggup berkhidmat pada bila2 masa n tempat jua..

Actually,dulu aku takde la kisah sgt dgn penampilan diri coz badan aku tak lah cepat naik,tp sejak menjejakkan kaki ke anak tangga 40 pd tahun lps,ternyata metabolisma diri semakin menurun.. menyebabkan lemak2 semuanya berlonggok di perut.. sampai ramai sgt yg menegur.. "u Pregnant ye, dah brp bulan?" membuatkan aku memikirkan countermeasure yg lebih effective demi mencapai ketenangan hati dan minda walaupun terpaksa mengorbankan duit bonus aku yg ciput tu, tp takpela drp tunggu org menghargai diri kita, baik kita belajar menghargai diri kita sendiri terlebih dahulu kan3...

nanti kalau ada kesan aku masukkan gambar aku sebelum n selepas..

oh ye hari ni ada kawan beri aku satu nasihat yg bagus yg aku pun nk share kat semua.. iaitu tentang kepentingan

DUIT (pronouns as Do it) bila melakukan sesuatu

D : Doa
U : Usaha
I : Idea/Ikhtiar
T : Tawakal

ok yg penting... bersihkan hati... bersihkan minda, setelah berusaha,
redhalah dengan ketentuan Allah S.W.T..

Insyallah..minda yang mahu memudahkan yg sukar...

Monday, January 4, 2010

tekad

Tahun yang baru...
aku mengambil langkah utk 2010 ini dengan mencuba sesuatu yang baru..
ye inilah blog pertamaku..terimakasih pada sahabat yang memberi aku semangat utk memulakannya...
semoga aku dapat melahirkan sesuatu yang dapat menjauharikan minda di jendela hati..
ye.. aku percaya untuk mengawal akal di otak... hati juga harus ada minda..
kerana itu agaknya orang tua berpesan dengan kata 'hati-hati' bukan 'akal-akal' ...

Jika tahun2 sebelum ini masa aku byk terarah pada kerjaya,
tahun ini aku bertekad utk meletakkan tumpuan yang utama pada anak-anak..
aku juga mahu memperbaiki diri dengan menjaga ibadah wajib dan menambah amalan sunat supaya dapat menjadi muslimah yang sejati dan paling utama menjadi contoh terbaik buat anak2...Insyallah..Semoga segalanya dipermudahkan oleh Maha Pencipta..Allah S.W.T

sesungguhnya minda yang mahu memudahkan yang sukar..